Tuesday, October 12, 2010

Bajet 2011

apakah dasar model ekonomi baru (MBE) yang bakal direalisasikan Dato' Seri Najib mampu memberi perubahan besar terhadap sektor ekonomi negara seperti yang diuarkannya?baguslah kalau prinsip inklusif terhadap mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan pandangan terutama ketika menggariskan Model Baru Ekonomi (MBE)diamalkan oleh kerajaan seperti yang diperkatakan oleh menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. nampaknya PM memang punya inisiatif kuat ke arah mewujudkan status negara yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.semoga rakyat mendapat hak yang sewajarnya seperti yang kerajaan janjikan.
Belanjawan 2011 menandakan tahun pertama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk mengorak langkah ke arah transformasi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020- Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sekali lagi mempelawa rakyat Malaysia untuk berkongsi pemikiran bagi Belanjawan 2011, yang dijadual dibentangkannya di Parlimen, Oktober ini.

Najib berkata, seperti tahun lalu, beliau berasakan penting berhubung dengan rakyat untuk mendapatkan pemikiran mereka secara langsung dalam lapangan masing-masing.

Dengan prinsip penyertaan dan keadilan sosial dalam fikiran, saya meminta rakan saya yang juga rakyat Malaysia memberi cadangan untuk Belanjawan Negara 2010 dan hasilnya pemikiran rakyat menjadi sebahagian penting dalam belanjawan negara.

Saya masih ingat pada masa itu menerima beratus-ratus cadangan yang padat untuk belanjawan kita, bagi menjadikan ekonomi Malaysia lebih sejahtera dan lebih progresif, katanya dalam entri terbaru blog www.1Malaysia.com.my.

Atas input anda itu, saya sanjung tinggi dan sekali lagi mempelawa anda untuk berkongsi pemikiran bagi Belanjawan 2011 yang akan datang, katanya.
Najib berkata, seluruh rakyat perlu mengemukakan idea kreatif mereka untuk Belanjawan 2011 kerana beliau menerima beberapa cadangan yang hebat dan maklum balas daripada masyarakat Malaysia yang lebih muda secara talian.

Saya menyeru anda semua menggunakan peluang ini untuk membabitkan diri dan mengetengahkan saranan anda, kerana anda semua ialah generasi yang akan menggerakkan ekonomi negara untuk 20 tahun yang akan datang.
Saya berharap akan bertemu pemikiran yang dapat memberikan saya inspirasi dan saranan yang membawa pembaharuan untuk manfaat semua rakyat Malaysia, katanya.

Najib berkata, Kementerian Kewangan, semua kementerian dan agensi kerajaan sudah pun memulakan perbincangan mengenai Belanjawan Negara 2011. BERNAMA

>PM begitu mengalu-alukan pandangan rakyat bagi perancangn belanjawan negara 2011.kalau terlalu banyak cadangan dari rakyat, mungkin sulit memutuskan keputusan yang akan menjanjikan pembaharuan yg bakal dinikmati semua jadi perancangn harus teliti dan diperhalusi lebih2 lagi melibatkan perjalanan kewangan negara. jadi sebagai salah seorg dari rakyat malaysia, harapan bagi transformasi baru yg akan terealisasi nanti, moga2 kadar kenaikan cukai yg dikenakan dan harga barangan runcit yang meningkat naik selepas ini sekiranya berlaku, harap diberi penjelasan yang jelas kpd rakyat.

Bajet 2011 akan meningkatkan keyakinan terhadap ekonomi negara dan juga pelaburan swasta, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bajet 2011 akan dibentangkan pada 15 Oktober ini.
“Bajet itu akan meningkatkan keyakinan, pelaburan swasta dan pemulihan ekonomi,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Perbadanan Pembangunan Halal, hari ini.
Mustapa berkata, mengecilkan defisit bajet negara juga akan menjadi keutamaan dalam bajet itu.

Malaysia menyasar mengurangkan defisit bajet daripada 5.6 peratus pada 2010.

Mengenai Pelan Transformasi Ekonomi, Mustapa berkata sebaik sahaja program dan projek dilaksanakan, kementerian itu akan mewujudkan mekanisme bagi pemantauan lazim.

“Setiap butiran terperinci akan dikaji secara tetap, bersama dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala,” katanya-www.intro2u.net/

No comments:

Post a Comment

any response..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

XPDC menuju redha-Nya

indahnya islam ^_^

~.: cinta tu apa sih ?:.~

realiti yg anda perlu tahu

tiada Tuhan selain Allah