Friday, October 15, 2010

Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan

Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tomakninah," katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

- Berita Harian

Tuesday, October 12, 2010

Bajet 2011

apakah dasar model ekonomi baru (MBE) yang bakal direalisasikan Dato' Seri Najib mampu memberi perubahan besar terhadap sektor ekonomi negara seperti yang diuarkannya?baguslah kalau prinsip inklusif terhadap mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan pandangan terutama ketika menggariskan Model Baru Ekonomi (MBE)diamalkan oleh kerajaan seperti yang diperkatakan oleh menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. nampaknya PM memang punya inisiatif kuat ke arah mewujudkan status negara yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.semoga rakyat mendapat hak yang sewajarnya seperti yang kerajaan janjikan.
Belanjawan 2011 menandakan tahun pertama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk mengorak langkah ke arah transformasi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020- Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sekali lagi mempelawa rakyat Malaysia untuk berkongsi pemikiran bagi Belanjawan 2011, yang dijadual dibentangkannya di Parlimen, Oktober ini.

Najib berkata, seperti tahun lalu, beliau berasakan penting berhubung dengan rakyat untuk mendapatkan pemikiran mereka secara langsung dalam lapangan masing-masing.

Dengan prinsip penyertaan dan keadilan sosial dalam fikiran, saya meminta rakan saya yang juga rakyat Malaysia memberi cadangan untuk Belanjawan Negara 2010 dan hasilnya pemikiran rakyat menjadi sebahagian penting dalam belanjawan negara.

Saya masih ingat pada masa itu menerima beratus-ratus cadangan yang padat untuk belanjawan kita, bagi menjadikan ekonomi Malaysia lebih sejahtera dan lebih progresif, katanya dalam entri terbaru blog www.1Malaysia.com.my.

Atas input anda itu, saya sanjung tinggi dan sekali lagi mempelawa anda untuk berkongsi pemikiran bagi Belanjawan 2011 yang akan datang, katanya.
Najib berkata, seluruh rakyat perlu mengemukakan idea kreatif mereka untuk Belanjawan 2011 kerana beliau menerima beberapa cadangan yang hebat dan maklum balas daripada masyarakat Malaysia yang lebih muda secara talian.

Saya menyeru anda semua menggunakan peluang ini untuk membabitkan diri dan mengetengahkan saranan anda, kerana anda semua ialah generasi yang akan menggerakkan ekonomi negara untuk 20 tahun yang akan datang.
Saya berharap akan bertemu pemikiran yang dapat memberikan saya inspirasi dan saranan yang membawa pembaharuan untuk manfaat semua rakyat Malaysia, katanya.

Najib berkata, Kementerian Kewangan, semua kementerian dan agensi kerajaan sudah pun memulakan perbincangan mengenai Belanjawan Negara 2011. BERNAMA

>PM begitu mengalu-alukan pandangan rakyat bagi perancangn belanjawan negara 2011.kalau terlalu banyak cadangan dari rakyat, mungkin sulit memutuskan keputusan yang akan menjanjikan pembaharuan yg bakal dinikmati semua jadi perancangn harus teliti dan diperhalusi lebih2 lagi melibatkan perjalanan kewangan negara. jadi sebagai salah seorg dari rakyat malaysia, harapan bagi transformasi baru yg akan terealisasi nanti, moga2 kadar kenaikan cukai yg dikenakan dan harga barangan runcit yang meningkat naik selepas ini sekiranya berlaku, harap diberi penjelasan yang jelas kpd rakyat.

Bajet 2011 akan meningkatkan keyakinan terhadap ekonomi negara dan juga pelaburan swasta, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bajet 2011 akan dibentangkan pada 15 Oktober ini.
“Bajet itu akan meningkatkan keyakinan, pelaburan swasta dan pemulihan ekonomi,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Perbadanan Pembangunan Halal, hari ini.
Mustapa berkata, mengecilkan defisit bajet negara juga akan menjadi keutamaan dalam bajet itu.

Malaysia menyasar mengurangkan defisit bajet daripada 5.6 peratus pada 2010.

Mengenai Pelan Transformasi Ekonomi, Mustapa berkata sebaik sahaja program dan projek dilaksanakan, kementerian itu akan mewujudkan mekanisme bagi pemantauan lazim.

“Setiap butiran terperinci akan dikaji secara tetap, bersama dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala,” katanya-www.intro2u.net/

Thursday, October 7, 2010

Nasib Ummah..~jangn leka lagi~

Selamatkan dunia ini dari peperangan,
Selamatkan dunia ini dari kehancuran,
Selamatkan anak-anak dari kebuluran,selamatkan dunia,selamatkanlah dgn ISLAM..
Entri kali ni ingin mengajak seketika bersama-sama membuka mata hati, menguak jendela dunia dan memberi perhatian kepada kerakusan,penghinaan,pencerobohan,pembunuhan,kerosakan dan aktiviti yg mencemarkan terhadap agama yg suci dan syumul iaitu islam. Seram juga apabila melihat ‘fenomena’ itu terjadi.pihak yg bertindak sedemikian seakan tidak memahami makna islam yg sebenar. Penulis berpendirian, umat islam perlu berusaha kearah kesatuan tanpa memikirkan taraf kedudukan masing-masing di dunia berdasarkan firman-Nya dalam surah Al-Hujurat ayat 10 yg mana maksudnya bahawasanya orang-orang Islam itu bersaudara..Seperti yang kita ketahui atau sedari, golongan bkn islm sprti di barat telah bgitu bnyk memijak islam, mengalirkan darah kaum muslimin termasuk kanak-kanak yg tidak berdosa srpti yg dilihat di Negara2 islam Iraq, Iran, Afghanistan,Kashmir,Palestin, termasuklah yg paling dkt dgn Malaysia iaitu di selatan Thai.tetapi di Malaysia,perang apa pula?adakah senasib dgn negara2 berikut? Oh,sungguh ‘menyayat hati’ kisah di Malaysia tanah airku. Tidak sudah2 dgn perang politik dgn permainan serta taktik kotornya bagi memenangkan parti kesayangan sehingga matlamat perjuangan dan amanah yg digalas bilamana memegang pentadbiran Malaysia, tidak lagi menjadi sandaran.sungguh kotor arena politik sebegini.Sistem pemerintahan dan dasar perlembagaan Negara yg begitu berlainan dgn sistem syura manhaj Rasulullah saw ini telah membawa Malaysia dan menjadikan seisinya seperti hari ini.terujanya rakyat yang menerima konsep 1 Malaysia yg diperkenalkan hasil perkhidmatan agensi perhubungan awam milik Israel yg menggunakan konsep yg sama,1 Israel.
“Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat”-dipetik dari www.skserkamdarat.edu.my
Rujuk juga http://beritasemasa.com/hot-persamaan-1malaysia-dengan-one-israel
Perubahan yg ingin dilakukan bagus, tapi perlu disertai ‘tindakan profesional’ yg ingin dilihat rkyat agar persoalan kenaikan harga barang misalnya terjwb.
Sama sekali tidak ingin persoalkan di sini mengenai corak pemerintahan Negara iaitu demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, tetapi perrsoalan-persoalan seumpama ini pernah pun tertimbul di mana-mana dan bkn di entri ini sahaja mungkin juga terdapat banyak lagi di laman yg lain dan pernah juga menjadi topik perbualan antara rakyat. Jadi, sama2 perlu fikirkan secara rasional.
Apa yang berlaku terhadap umat Islam hari ini adalah realiti kehidupan manusia di ambang akhir zaman.keadaan seperti di iraq dan Afghanistan, bukan gambaran seperti dalam skrin televisyen, tapi realiti yang terjadi. Sungguh menyedihkan pabila ada segolongan umat islam yang syadid dan hanya ingin menyempurnakan hak-hak terhadap agama suci itu dicop sebagai terroris dan diketengahkan pada dunia dengan istilah ‘pengganas’, alasan oleh kuffar barat bagi memerangi negara2 islam tersebut.pandai sungguh bersandiwara dgn mengaburi mata dunia mengatakan Osama di Afghanistan adalah pengganas, lagi alasan utk menyerang Iraq kononnya terdapat senjata nuclear di sana. Tidak semena-mena. Tidak sudah-sudah tanah palestin dicakar-cakar zionis pelampau Israel.OiC, PBB yg duduk di meja persidangn bersuara dan bersuara, akhirnya persidangan tinggal persidangan terpaksa ‘akur’ dgn tindakan penyerang zionis.
(National Police learned terrorists have aimed to wage war in Indonesian cities by recruiting international mujahidin, to replicate the conflicts in Afghanistan and Iraq.

National Police chief Gen. Bambang Hendarso Danuri told a press conference on Friday that terrorists might recruit fighters from overseas. “They intended to launch urban warfare as in Iraq and Afghanistan and to bring in mujahidin from the two countries,” Bambang said. ) dipeti dari = http://www.thejakartapost.com/news/2010/09/25/terrorists-%E2%80%98planned-recruit%E2%80%99-int%E2%80%99l-mujahidin.html
Tidak nampak lagikah??
Begitu ramai perindu-perindu syahid Fi Sabilillah berlumba-lumba pergi ke medan perang tanpa gentar bagi menangkis serangan musuh yang mengancam keamanan islam dan umtnya. Bagi para mujahidin itu, tiada yang lebih manis melainkan janji Allah buat para syuhada’ yg gugur mempertahankan agamaNya. ‘Bantuan’ Allah yg hadir bersama mujahidin Islam yg berlawan dgn musuh2 Allah membuatkan tentera2 musuh gentar dan merasakan ketakutan saat bertempur dgn mujahid2 yg mendamba syahid walhal mereka tidak punya kelengkapan senjata yang lebih canggih berbnding dgn musuh2 islm tu.skrg dgn kekuatan golongan mujahidin di Iraq sedikit demi sedikit mereka telah mewujudkan daulah islamiyah dan menjadi semakin kuat dengan bertambahnya dukungan dari kelompok Mujahidin Iraq yang lain. Gugurnya pimpinan mujahidin tidak akan melemahkan orang-orang yang ditinggalkannya, bahkan membuat mereka semakin kuat dan semakin yakin dengan janji Allah bahwa hanya orang-orang yang terpilih yang akan Allah ambil sebagai syuhada.
tidak cukup dgn penindasan yang berlaku di dpn mata kita, umat islam juga diratah dgn ideology-ideologi yg dibawa oleh musuh-musuh islam sendiri agar menjadi ikutan umat islam kontemporari.liberalisme,sekularisme,pluralisme,kapitalisme,dan berbagai anasir lg yg dibawa masuk kedlm Negara Islam dan kita sendiri melihat penularan ideologi2 tersebut makin membarah di Malaysia ini.media massa yg disaksikan, memaparkan begitu bnyk propaganda kuffar barat,puak oreintalis mahupn kapitalis sedangkan orang-orang di Negara ini sendiri melakukan tindakan2 yg menyindir Islam.misalnya filem kontroversi hangat arahan Allahyarhamah Yasmin iaitu GUBRA dan SEPET.bahaya pengaruh filem melalui lakonan2 yg dibawa jelas memberi kesan pada akidah Islam yg dipgang dan dikhuatiri berlaku kepincangn. Tak salah lg, factor globalisasi tanpa sempadan boleh memberi kebaikan dlm perkara tertntu dan boleh juga membawa kpd keburukan.
Bilakah masanya lagi kita di sini hanya duduk memerhati?
Living in a peace at the country we live..dgn suasana aman seperti yg kita nikmati skrg, mahukah nikmat keamanan,kesejahteraan yg kita kecapi hampir 52 thn ini ditarik semula oleh-Nya? Tepuk dada Tanya iman.wallahu a’lam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

XPDC menuju redha-Nya

indahnya islam ^_^

~.: cinta tu apa sih ?:.~

realiti yg anda perlu tahu

tiada Tuhan selain Allah