Wednesday, June 22, 2011

hiburan yang indah

Salam sesegar bayu islam..
(maaf/asifun jiddan kerana baru kini berkesempatan meng‘update’ blog ini bagi yang ada menanti kehadiran baru warkahku di lembaran maya ni.ku sedar juga terlalu lama membiarkan laman ini ‘bisu’ dengan tulisan-tulisan yang berbau haruman kerohanian dan isu-isu hangat buat tatapan ummah yang ku cintai.sering juga ku buka laman maya ku ini namun kering idea tentang tajuk apa yang ingin ku curahkan lagi.. )
Manisnya iman…. terutama kala mengimbau sirah Rasulullah dan para sahabat dari mula perkembangan islam dan sepanjang rentetan dakwah rasulullah sehingga sistem khilafah ‘berjalan’. Sejak kecil, aku selalu didendangkan dengan lagu-lagu perjuangan dan lagu-lagu nasyid islami yang padat dengan mesej dakwah.melodi dan rentaknya pelbagai dan alunannya juga merdu menyebabkan bait-bait liriknya mudah diikuti.sehinggalah remaja aku masih mendengar lagu-lagu islami seumpama itu hatta nak tidur pun.kekadang aku sendiri menggelar diriku hantu nasyid..sekarang ini pun banyak lagu-lagu digubah khusus mengajak kepada dakwah dan ketuhanan yang didendangkan artis nasyid kontemporari baik individu mahupun kumpulan. Kreativiti kian menyerlah pabila lagu-lagu berunsur kerohanian,dan dakwah yang dimainkan kini sesuai untuk semua khalayak pendengar.baguslah macam itu..sambutan terhadap lagu-lagu sebegini juga tak kurang meriahnya..lagi bagus macam ni..(sambil tersenyum). Macam lagu yang dinyanyikan Maher Zain,hampir seluruh Malaysia ni meminati lagu2nya termasuklah saya(senyum lagi..).sebabnya lagu-lagu tu rentaknya memang sedap didengar dan penuh dgn mesej yang baik-baik saja.Semasa di kolej, hantu nasyid macam saya ni mesti ada di persembahan konsert nasyid anjuran persatuan dalam kolej.kalau yang di luar kolej tu, selalunya tak dapat pergi sebab tiketnya mahal,kalau tak pun selisih dengan program lain,atau pun…sebab lain. Memang saya pujilah usaha-usaha pihak yang komited mempamer dan menyebarkan dakwah dan wajah islam yang sebenar melalui arena hiburan. Dengan saratnya industri hiburan kini dengan muzik-muzik atau lagu yang melalaikan(lagha), tiada pengisian rohani, dan sebagainya, sekurang-kurangnya, dengan wujudnya lagu nasyid yang bersifat membina kesedaran dan memupuk ketaqwaan, tidaklah terlalu hanyut dengan hiburan yang semata-mata hiburan,penyumbang ke arah jiwa berkarat,kosong dan kering atau tandus.sebaiknya dan sepatutnya lagu-lagu yang memuji pencipta ,nabi dan yang memberi mesej2 islam dijadikan penghias halwa telinga.sebabnya kalau dilihat pada kajian pun,pendengaran merupakan faktor penyumbang utama penerimaan seseorang akan sesuatu mesej.(sebagai bekas pelajar jurusan komunikasi,sedikit sebanyak saya sedar akan hal ini yakni komunikasi yang sampai pada deria pendengaran ni memang paling berkesan). Sebab itu muzik mudah memberi impak pada seseorang. Ia akan merangsang kita bertindak mengikut apa yang telah kita dengar.
“Plato seorang ahli falsafah Yunan dan ahli falsadah China, Mencius berpendapat: Muzik membentuk jiwa dan budi, muzik yang indah menjamin masyarakat yang teratur dan muzik yang buruk pula membahayakan negara.”
(Yusnor Ef., Perkembangan Muzik Melayu Singapura 50-an Hingga 90-an, 1991)
Snyder (2001) pula menerangkan dalam Music and Memory bahawa komponen kecil muzik, iaitu bunyi adalah elemen kolektif yang disimpan di dalam minda seseorang. Bunyi-bunyi ini disusun di dalam akal sebagai ingatan yang wujud melalui pengalaman. Peristiwa-peristiwa baru akan mencetuskan ingatan jangka panjang (long-term memory) ini dan dirujuk sebagai kategori konseptual (conceptual categories). Setiap individu mempunyai pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa lampau yang akan dikaitkan dengan pengalaman baru ini secara bawah sedar.
Secara umum, muzik adalah bahan hiburan yang dinikmati setiap manusia. Setiap individu mempunyai pilihan jenis muzik yang tersendiri. Unsur hiburan adalah unsur positif dan harus dijana dan dibentuk supaya dapat disesuaikan dalam diri seorang pelajar ketika di dalam proses mempelajari sesuatu. Kehadiran unsur positif ini bukanlah sekadar menghadirkan suasana positif tetapi dapat membina mood atau keadaan minda yang lapang untuk menerima ilmu dengan lebih jelas dan tidak terganggu.

Stratton (2003) menjelaskan bahawa manusia mudah terpengaruh dengan hiburan. Namun demikian, unsur hiburan ini jika dibentuk dengan sebaik mungkin dapat membantu dalam mencetuskan suasana yang tenang untuk menerima ilmu atau maklumat baru di dalam minda. Hal ini berkait rapat dengan keadaan emosi seseorang ketika menerima sesuatu ilmu. Keadaan emosi yang terganggu (sedih, marah, risau dan sebagainya) dapat ditenangkan terlebih dahulu sebelum proses pembelajaran bermula. Secara umumnya, agak sukar untuk hati dan minda yang terganggu menerima maklumat.
Sehubungan itu, sebagai contoh, ramai orang tidak dapat berfikir secara waras apabila sedang mengalami perasaan marah. Secara saintifik, pengaliran darah yang banyak mula disalurkan kepada hati dan bukan kepada minda. Maka kekurangan oksigen di dalam minda inilah yang menjadikan manusia sukar berfikir apabila di dalam keadaan tertekan sebegitu (Goldberg, 2002).
Apabila perasaan-perasaan negatif ini dilucutkan dengan memperkenalkan muzik kepada seseorang individu, ketenangan suasana akan mendamaikan perasaan. Keadaan dan sekitaran daripada luar ini meresap masuk ke dalam hati seolah-olah pengubat jiwa, iaitu penenang perasaan yang sebelum itu berserabut. Daya pendengaran setiap manusia secara umum mencetuskan pemikiran yang berbeza apabila mendengar irama-irama tertentu. Pada dasarnya, tanggapan dan pemikiran ini berubah-ubah dengan bantuan visual. Sebagai contoh, muzik rock mungkin dianggap sebagai jenis muzik yang agresif dan ganas. Irama lagu RnB dan balada pula sering dikaitkan dengan lagu-lagu berunsur cinta dan sebagainya. Tanggapan ini tidak lahir begitu sahaja. Jelasnya, bahan-bahan media banyak mempengaruhi kaitan muzik dengan ciri-ciri yang telah diketengahkan. Namun sebenarnya, muzik adalah cabang seni yang penuh misteri dan mempunyai ciri-ciri positif jika diteliti dengan lebih terperinci. Rumusan yang dapat disimpulkan, muzik boleh dimanfaatkan pada jalan kebaikan.Islam tidak pernah menolak mentah-mentah muzik yang merupakan salah satu cabang seni ini dan sama sekali tidak menolak hiburan TAPI perlu tegas dalam memilih hiburan yang menepati syarak dan bukan hiburan yang melalaikan atau tidak menjurus kepada nilai ketaqwaan. Justeru tu juga, sangat penting untuk ambil berat mengenai pemilihan hiburan ini, kerana ia salah satunya menyumbang pembentukan jiwa muslim ke arah lebih positif dan melihat kesannya terhadap minda seseorang muslim.mungkin sakadar ini cetusan yang dapat saya lahirkan.suka saya pada sepotong ayat yang diambil dari laman http://takwinfardilmuslim.blogspot.com
: Kemenangan bermula dari kemenangan ruh terhadap kejahatan nafsu dalam diri kita…
jangan biarkan diri kita terkeluar dari environment tarbiah.segala yang kita teapkan adalah dari kita juga.Hiburan yg indah adalah ayat-ayat Allah dan alunan zikir.tidak ada yang lebih menenangkan hati melainkan mendengar alunan zikir memujiNya seperti firman-Nya : "Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang." وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلاً
Wallahu‘alam…

>>Bob Snyder, 2001. Music and Memory: An Introduction. Amerika Syarikat: The Mit Press
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka
Roy M. Prendergast, 1992. Film Music: A Neglected Art – Second Edition. New York,
Amerika Syarikat: W. W. Norton & Company.
http://www.reversespins.com/effectsofmusic.html
http://www.abc.net.au/science/news/stories/s911523.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Music_and_the_brain

">
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

XPDC menuju redha-Nya

indahnya islam ^_^

~.: cinta tu apa sih ?:.~

realiti yg anda perlu tahu

tiada Tuhan selain Allah