Thursday, December 22, 2011

smile to world....

Click to play this Smilebox slideshow
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Photo slideshow generated with Smilebox

Tuesday, December 20, 2011

aku,.. Miss M..he2

Kisah ‘diri kerdil’ ini….
Perjalanan sepanjang kehidupan ini memberi berbagai erti pada diriku dan melahirkan peristiwa yg menjadi memori dan yang paling penting sekali, memberi pengajaran di mana kita perlu belajar dari kesilapan yg pernah dilakukan serta kelemahan perlu diperbaiki.Seolah-olah kita berada dalam ‘sketsa’ tertentu.setiap dari diri manusia melalui ‘sketsa’ yang berbeza. Mungkin jalan ceritanya hampir sama,.. tapi plot, watak, latar tmpt dan masanya berbeza. Kita adalah pelakon dalam ‘drama’ kehidupan kita tu.jika diperhatikan atau amati, itulah kehidupan kita. Yang namanya ‘kehidupan’ ialah apabila kita melalui fasa demi fasa di sepanjang perjalanan kita. ‘laluan’ kita penuh dgn bermacam halangan atau berliku.walau pun sukar,kita pasti dapat atasi kerana setiap masalah ada jalan keluarnya.
berfikir?....
Macam tu juga halnya dgn aku. Aku rasa kisah aku ni begitu banyak ‘slot’ yang memilukan.. apa yg haru dan pilu sgt tu? Biarlah aku dan Tuhan je yg tahu.Tapi yg aku boleh kata,mesej penting yang aku nk sampaikan ialah…kita sebagai individu yg hidup atas muka bumi ni perlu matang dan bersungguh dalam perkara yg melibatkan masa depan kita. kita sendiri yg dapat menentukan nasib kita bagaimana. Di tangan kita lah yang menentukan bagaimana keadaan kita pada hari ini. Hanya diri kita yg dapat mengubah hidup kita samaada perubahan tu sangat baik dan membahagiakan atau sebaliknya. Itulah pengajaran sebenarnya yg betul-betul menginsafkan aku dan membangkitkan aku tentang masa depan hidupku. Dulu, telinga ini selalu mendengar ayat-ayat ‘belajar sungguh-sungguh,nanti dapat masuk U. Dapat kerja yg baik’… masa tu aku tersengih-sengih je.masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku insan yg banyak belajar dari kesilapan. Kalau orang tua kita hantar ke sekolah supaya belajar, maknanya kita kena ‘belajar’ bersungguh-sungguh. Biasalah lumrah sebagai si ‘pelajar’.kalau tiada ‘musuh’ yg namanya MALAS, mmg tak sah. Itulah ‘belajar’.memang susah, tapi kebaikannya, kita jadi orang yg berilmu, masa depan pun cerah.. hal inilah yang membuatkan aku sedar yg menuntut ilmu itu sangat2 penting.
Apakah kita pernah terfikir, setiap kali, tak kira ke mana pun kaki kita melangkah, adakah kita mampu menapak dgn tanpa ilmu di dada?.. persoalan itu sering datang pada ku kini yang semakin yakin yang kesedaran sgt penting di waktu kita berusia awal belasan tahun lagi… iaitu usia remaja. sebab dgn adanya kesedaran tu, kita akan jadi matang dan rasa mampu berdepan dgn keadaan apa pun walaupun ketika tu, masih remaja. Tetapi, tanpa kesedaran, adakah mampu untuk membentengi diri dari sebarang anasir negatif dan pengaruh buruk yang datang menongkah arus? Mampukah jiwa remaja itu melawan dgn mempertahankan nilai-nilai murni dan pendiriannya?soalnya mampukah? Perkara itu pernah berlaku pada diriku kerana aku juga pernah menjadi seorang remaja. Jadi, tak hairanlah kalau hari ni begitu banyak kes2 jenayah yang berlaku melibatkan individu2 yang masih remaja.., cuba renungkan.. kesedaran itu sgt2 penting. Sesetengah remaja yg aku pernah lihat, dari beberapa segi, seperti tindakannya, cara berfikir, aspek sosial, pengurusan dan berbagai lagi.. over all menunjukkan individu-individu tersebut mendapat didikan dan asuhan yg baik dari ibu bapanya. Mereka matang. Ternyata mereka mampu berdepan dgn sebarang pengaruh buruk tersebut kerana cara berfikir yang matang. Mereka juga mempunyai pendirian yg tetap dan kesedaran tentang hal yg sepatutnya mereka elak dan lakukan. Aku kagum dgn remaja-remaja seperti ini. Mereka ni terdiri dari remaja-remaja yg sangat cemerlang dalam pelajaran bukan kerana kemewahan hidup atau dimanjakan dgn harta benda, tetapi kerana asuhan dan didikan dari ibu bapa yg mengikut acuan islam. Mereka adalah remaja yg mempunyai kesedaran disebabkan asuhan daripada ibu bapa yg merasakan anak-anak adalah amanah yg sgt berat dari Allah.
Perkara ini juga membuka mata aku bahawa salah satu keistimewaan yg ada pada diri kita adalah dating dari keluarga. Keluarga yg berkualiti melahirkan anggota yg berkualiti. Cuba fikirkan. Suasana keluarga yg memegang pendirian berlandaskan Islam, mengutamakan keintelektualan, jasmani dan rohani yg seimbang dan sentiasa mengamalkan nilai moral yg baik, sudah tentunya setiap dari anggotanya memiliki sikap dan jati diri yg kukuh. Benar bukan? Aku dah jumpa dgn remaja – remaja yg pelbagai latar belakang. Ternyata, keluarga lah yg mencorakkan diri mereka seperti keadaan apa kerana bagi aku, keluarga merupakan bahagian ‘tunjang’ atau nadi kekuatan dalam pembentukan diri seseorang individu. Tapi memanglah terdapat juga faktor lain yg menyebabkan kesan samaada positif atau negatif terhadap jiwa sang remaja. Aku tahu, tak mudah menjadi seorang remaja lebih-lebih lagi di zmn arus globalisasi ni. Lambakan hiburan yg tersaji di media massa hari ni mengghairahkan sesiapa saja. dalam internet tu, macam2 ada. Ditambah pula dgn kemajuan pembangunan teknologi dan penampilan berbagai gadjet yg sentiasa berganti dan berkembang mengikut arus masa. Rancangan reality TV pun bnyk skrg. Skrg ni semuanya di hujung jari, mudah je.. Yg tgh popular skrg ni k-pop. Ramai org obses dgn artis dari korea tu..huh, mcm2lah….( so, aku tersangatlaahh faham dengan keinginan dan selera jiwa remaja skrg krn aku pun seorang remaja yg berusia 20-an)……………..
Aku juga sedar, yang pada hari ni, setiap tindakan kita bergantung pada  cara berfikir.. kita perlu memikirkan pro dan kontra sebelum memutuskan keputusan yg bakal diambil.. hmm.. bukan mudah kan? Macam tu lah hidup.kita perlu memilih. Asalkan pilihan tu terbaik untuk hidup kita sendiri. Terus-terang aku katakan, aku cemburu tatkala melihat ada adik-adik remaja yang muda dua atau tiga tahun dari aku yg pernah aku kenal, sangat tetap pendirian, matang dalam buat keputusan dan bijak dalam memberi pandangn dan juga bijak dalam pelajaran..(maklumlah,..umur aku sekrg dah 20-an)…  Remaja yang seperti ni aku tabik… ia jg seakan tamparan kecil buat aku kerana sewaktu seusia mereka, yg aku kenal adalah hanya seronok dan berhibur.(walau pun ada masanya sedar akan kesilapan tapi tak bertahan lama atau tak kekal..insaf sekejap, lepas tu leka balik..hu,hu…).. hmm.. remaja.. mari kita jadi cemerlang. Cemerlang belajar, cemerlang sikap, berkawan dgn orang yg cemerlang, bersosial dgn cemerlang, berfikir dgn cemerlang, dan beraktiviti dgn cemerlang… kan seronok…. Kita pun akn jadi org yang mantap dan cemerlang. Jom tinggalkan perkara-perkara yg tak cemerlang seperti buang masa, lepak, merempit, hiburan melampau, dan macam-macam lagi. Jadi lah org yg cemerlang di dunia dan akhirat. Terima kasih kerana sudi membaca catitan dari ‘diri kerdil’ ini………… takpe, biar pun kita sering tersilap, asalkan kita mahu belajar, yg dipanggil bodoh, ialah pabila dia tahu yg dia tak tahu dan dia silap tapi tidak mahu belajar dan membiarkan kesilapan yg sama berlaku.. Jom fikir dan lakukan benda yang munasabah sebelum kita ‘rebah’..(renung2 kan & selamat beramal, he,he). Ribuan maaf klu terletak kesilapan pada catitan aku. Apa yg aku telah nyatakan adalah berdasarkan pemerhatian dan pandang sisi aku. Tapi klu rasa nak komen atau ada penambahan.silakan..sgt dialu-alukan… ………………………………………………………
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

XPDC menuju redha-Nya

indahnya islam ^_^

~.: cinta tu apa sih ?:.~

realiti yg anda perlu tahu

tiada Tuhan selain Allah