Saturday, October 15, 2011

Filem & drama seram

Apa pengaruhnya?...


Industri perfileman Malaysia kini dilihat melalui ambang kemajuan hasil daripada buah tangan pengarah-pengarah terkenal dan berbakat yang antaranya shuhaimi Baba, Ahmad Idham, Shamsul Yusof, Yusry, Piere Andre dan beberapa nama lain yang begitu dikenali umum. Prestasi ini dilihat membanggakan kerana pengiktirafan yang diterima di peringkat antarabangsa seterusnya menaikkan nama industri perfileman Malaysia. Namun baru-baru ini pernah menjadi pertikaian beberapa pihak terhadap hasil karya beberapa pengarah terkenal.Lambakan filem yang berunsur seram hari ini mengundang ‘teguran’ daripada sesetengah pihak.

Kita sama-sama bersetuju dan tak menafikan jika saya katakan tiada kebaikan dan faedah dengan menonton cerita-cerita yang bercorak seram kerana di antaranya terselit paparan negatif iaitu khurafat, tahyul, dan syirik. Kita juga lihat, produksi dan penerbit filem mahupun drama semakin gemar memilih genre seram.. mengapa perlu kita dimomokkan dengan lambakan cerita-cerita sedemikian yang kini menghiasi filem dan drama tempatan jika ia memberi kesan negative pada diri kita??.. jika ini dibiarkan tanpa pantauan,ia boleh membawa kesan terhadap akidah seseorang dan ini sgt membimbangkan sedangkan generasi hari ini patut dididik ‘Takutkan Tuhan’ bukan ‘Takutkan hantu’… Lembaga Penapisan Filem dan FINAS perlu tegas dan serius dalam hal ni. Sebabnya cerita-cerita seumpama ni bkn sekadar hasil penerbitan Negara ni saja,malah di luar Negara termasuk Negara jiran sudah cukup melambakkan lagi cerita genre seram dan tahyul..jadi, TAK PERLU memperbanyakkan lagi bikin filem macam ni dengan alasan cerita itu lebih dapat sambutan, dan digemari..

Dalam akhbar sinar harian bertarikh 13/10, PFM atau Persatuan Penerbit Filem Malaysia
cadang nak tulis surat kat Tun Dr Mahathir sebagai reaksi atas ulasan Tun M mengenaiisu filem suram yg dikatakan tidak membina masyarakat yg produktif.pada saya, saa mmg setuju sangat dengan apa yg Tun M kata tu.mcm yg saya katakan, pengaliran masuk cerita- cerita yg tahyul dan pelik-pelik dr luar negara sudah cukup memberi kesan negative kpd kita…tambah-tambah cerita hantu…fakir-fikirla…

seterusnya PFM jg tak mahu filem seram disekat atas alasan dapat sambutan
MENGGALAKKAN dari penonton… see? Kita boleh fikir sendiri lah..perlu ingatlah, rancangan tv yang berunsur islamik atau bicara agama pun pernah dapat sambutan hangat dari penonton macam tv 9.apa kata penerbitan TV lebih banyakkan rancangn tv yang menjurus kepada kebaikan selain dari lambakan rancangn hiburan dan cerita2 seram mcm tu..kan?mcm ‘tanyalah ustaz’tu..=) apa pun alasan yang diberi, soal akidah adalah sesuatu yang penting & merupakan pokok dalam agama.  Ideologi bercampur aduk dengan mistik, boleh menyebabkan seseorang terpengaruh lalu mempercayai ada kuasa selain Allah.

kat bawah ni ada link ke site yang menarik pasal isu yang aku bebelkan kat atas..jom....
mukmin.com.my

No comments:

Post a Comment

any response..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

XPDC menuju redha-Nya

indahnya islam ^_^

~.: cinta tu apa sih ?:.~

realiti yg anda perlu tahu

tiada Tuhan selain Allah