Monday, January 3, 2011

bahana ketaksuban

akhir2 ini, di dada akhbar dan dalam media massa yg lain telah 'menceritakan' perjalanan ideologi politik di negara ini.dapat dilihat,semakin hangat tohmahan atau suara2 liar berlegar yg menggegarkan arena politik negara.parti2 politik yg ada masing2 tidak mahu 'kalah' dalam memenangkan pendirian atau status parti dalam urusan hak dan kebajikan rakyat.lihat sahaja senario di Selangor sekarang, kerajaan Negeri mempersoalkan tntng program tabung Budi yg dilancarkan syarikat konsensi bekalan air Selangor,SYABAS.menurut pihak Syabas sendiri, program itu adalah semata utk membntu segelintir rkyat yg berpendapatan rendah, yang susah dan tidak mampu melunaskan bil2 air setiap bulan.kerajaan negeri merasakan Syabas tidak perlu mengenakan subsidi lagi kpd rakyat dgn menaikkan tarif air melalui program tersebut krn kerajaan sendiri sudah menyediakan subsidi kpd syarikat swasta itu dan kalaupn rkyat ingin memberi subsidi, perlu terus salur pada kerajaan negeri.soalnya,benar ke Syarikat bekalan air syabas dah langgar akta perjanjian konsesi air?senario yg berlaku di Selngor mendpt perhatian 'luar' khususnya pihak yg berbeza faham ideologi politik dgn kerajaan negeri selangor.hal sebegini tidak patut dijadikan sebagai 'bahan' bagi kepuasan politik atau kepentingannya.ini soal keperluan asasi rakyat.jadi perlu dibincangkan secara profesional tanpa fahaman bersifat atau berbau politik.apa yang dapat dilihat dalam dewan Parlimen sendiri pun mendatangkan ketidakpuasan hati pada penulis.tidak kisahlah penulis dari sebelah pihak mana sekalipun,Pakatan rakyat ke, parti BN/Umno ke, bebas ke.tp dalam menjadi seorang yang mengendali dewan parlimen, prlulah bersikap adil dan tegas.cuba mendengar setiap ucapan yg keluar dari bibir ahli parlimen yg mewakili rakyat di bawah jagaannya.nasib mungkin tidak menyebelahi ahli Parlimen permatang Pauh, Dato' sri anuar yg membangkitkan isu 1Malaysia yg menurutnya sama dgn konsep one israel.betul ke tindakan yg diambil terhadap dato seri Anuar yg digntung dr jawatan ahli parlimen selama 6 bln adalah nasihat dari agensi perkhidmatan awam Apco World Wide milik Israel yg dikatakan pernah berada di pejabat kerajaan kerana Perdana menteri, Dato' Najib meminta khidmat nasihat dari agensi berkenaan bagi menyelesaikan isu perpaduan antara kaum di Malaysia?begitukah?fikir2kan. tak kanlah Dato' seri anuar Ibrahim sewenang-wenangnya mahu mengeluarkan isu itu semata-mata utk kepentingan peribadi atau kerajaan pakatan.bukan bermaksud mnyebelahi, tapi dato' seri anuar seakan punya bukti terhadap kenyataannya itu.kalau tak, kenapa kerajaan BN/UMNO beriya-iya mengatakan 1malaysia tidak sama dgn one israel dan turut menafikan adanya atau pernah ada agensi dari Israel tersebut di pejabat kerajaan.bahana dari sikap taksub terhadap parti sendiri boleh mengundang lebih banyak keburukan dari kebaikan.jangan disebabkan sanggup melakukan apa sahaja demi kemenangan parti dalam pilihanraya,hak rakyat yang sepatutnya dipenuhi gagal ditunaikan.kewajipan sebagai pemimpin perlu disedari setiap jiwa pemimpin di malaysia terutama yg mewakili rakyat.jaganlah sewenangnya menghabiskan duit rakyat demi apa2 kepentingn pun selain daripada rakyat.jawatan,nama,pangkat dan kuasa tak memberi apa2 keuntungan langsung di Hari akhirat.tapi soal tanggungjawab dan amanah yg akan ditanya.biarlah berbeza dari segi agama dan faham politik, tapi jangan sampai taksub dgn parti yang diikuti dan sanggup melihat perbalahan serta perpecahan yg berlaku di antara parti yang berbeza faham ideologi.sudah tiba saat membuka mata.takkanlah dah hmpir 53 thn merdeka tapi minda tak merdeka2 lagi.asyik nk bertekak sana bertekak sini.smpai rkyat yg tengok pun dh jemu dan bosan dgn perbalahan yg timbul akibat perbezaan faham ideologi politik apalagi yg melibatkan isu2 sensitif.penulis kira,mungkin cukup sekadar ini komentar dan tinta dr penulis ini.SLMT THN BARU dan semoga berjumpa lg di lain entri....

No comments:

Post a Comment

any response..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

XPDC menuju redha-Nya

indahnya islam ^_^

~.: cinta tu apa sih ?:.~

realiti yg anda perlu tahu

tiada Tuhan selain Allah