Saturday, May 16, 2009



"kebanyakan orang menganut agama islam kerana hobi atau kerana mereka dilahirkan oleh dua ibu bapa yang muslim.pada hakikatnya mereka ini tidak memahami erti penggabungan diri mereka ke dalam agama islam.mereka juga tidak mengetahui tuntutan dari penggabungan tersebut,oleh kerana itu anda lihat mereka berada di satu pihak sedang islam berada di pihak yang lain"



....................... بسم اﻠﻠﻪ الرحمان الرحيم


AQIDAH




  • kita mesti berpegang teguh dengan akidah islamiyyah yang berlandaskan Al-quran & sunnah nabi.aqidah adalah perjanjian keimanan yang kuat antara manusia dan tuhannya.hanya akidah islam sahaja yang betul dan benar kerana sejajar dengan apa yang telah termaktub dalam kitab suci Allah iaitu Al-QurannulKarim dan sunnah rasullullah (SAW).akidah islamlah yang menjadi penyelamat umat dan akidah ini bersifat baqa'.


sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-Ana'am ayat 162:



قل ان صلا تي ونﺴﮐﻲ ومحيا ي ومماتي لله رب العالمين




  1. kewujudan alam yang seindah dan sekemas ini tidak akan terjamin keselamatan dan kesejahteraannya tanpa tadbir dari Allah Yg Maha Berkuasa.Firman Allah; "sekiranya ada di langit & di bumi tuhan-tuhan selain Allah tentulah keduanya itu telah rosak binasa,maka maha suci Allah yg mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan"(Al-ANBIYAA':22)

  2. kita mesti mengimani dan meyakini bahawa Allah tak mencipta alam ini tanpa tujuan kerana perbuatan yg sia-sia itu tidak layak bagi Allah yg bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan.... "maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main(sahaja) & bahawa kamu tidak akn dikembalikan kepada Kami,maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia,Tuhan yang mempunyai arasy yang mulia(Al-mukminun:115-116)"
  3. kita mesti beriman bahawa nabi Muhammad adalah rasul terakhir dari para rasul yang diutuskan Allah.dlm hubungn ni Allah berfirman: "Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap umat(untuk menyerukan): sembahlah Allah(sahaja) dan jauhilah thoghut itu.Maka di antara umat itu ada orang-orang yg diberi petunjuk oleh Allah & ada pula di antaranya orang2 yg telah pasti kesesatan baginya(AN-NAHL:36)"
  4. kita mesti mengimani & meyakini bahawa matlamat hidup manusia dlm kehidupan ini ialah utk mengenal Allah sebagaiman sifat2-Nya.taat pd Allah & mengabadi diri pd-Nya.
  5. kita mesti mengimani bahawa syurga adalah balasan bagi mukmin dan neraka adalah balasan bagi orang-orang kafir.Allah berfirman:

فريق في الجنة وفريق في السعير

"segolongn masuk syurga & segolongn masuk neraka"(asy-syura:7)



No comments:

Post a Comment

any response..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

XPDC menuju redha-Nya

indahnya islam ^_^

~.: cinta tu apa sih ?:.~

realiti yg anda perlu tahu

tiada Tuhan selain Allah