Saturday, October 15, 2011

Filem & drama seram

Apa pengaruhnya?...


Industri perfileman Malaysia kini dilihat melalui ambang kemajuan hasil daripada buah tangan pengarah-pengarah terkenal dan berbakat yang antaranya shuhaimi Baba, Ahmad Idham, Shamsul Yusof, Yusry, Piere Andre dan beberapa nama lain yang begitu dikenali umum. Prestasi ini dilihat membanggakan kerana pengiktirafan yang diterima di peringkat antarabangsa seterusnya menaikkan nama industri perfileman Malaysia. Namun baru-baru ini pernah menjadi pertikaian beberapa pihak terhadap hasil karya beberapa pengarah terkenal.Lambakan filem yang berunsur seram hari ini mengundang ‘teguran’ daripada sesetengah pihak.

Kita sama-sama bersetuju dan tak menafikan jika saya katakan tiada kebaikan dan faedah dengan menonton cerita-cerita yang bercorak seram kerana di antaranya terselit paparan negatif iaitu khurafat, tahyul, dan syirik. Kita juga lihat, produksi dan penerbit filem mahupun drama semakin gemar memilih genre seram.. mengapa perlu kita dimomokkan dengan lambakan cerita-cerita sedemikian yang kini menghiasi filem dan drama tempatan jika ia memberi kesan negative pada diri kita??.. jika ini dibiarkan tanpa pantauan,ia boleh membawa kesan terhadap akidah seseorang dan ini sgt membimbangkan sedangkan generasi hari ini patut dididik ‘Takutkan Tuhan’ bukan ‘Takutkan hantu’… Lembaga Penapisan Filem dan FINAS perlu tegas dan serius dalam hal ni. Sebabnya cerita-cerita seumpama ni bkn sekadar hasil penerbitan Negara ni saja,malah di luar Negara termasuk Negara jiran sudah cukup melambakkan lagi cerita genre seram dan tahyul..jadi, TAK PERLU memperbanyakkan lagi bikin filem macam ni dengan alasan cerita itu lebih dapat sambutan, dan digemari..

Dalam akhbar sinar harian bertarikh 13/10, PFM atau Persatuan Penerbit Filem Malaysia
cadang nak tulis surat kat Tun Dr Mahathir sebagai reaksi atas ulasan Tun M mengenaiisu filem suram yg dikatakan tidak membina masyarakat yg produktif.pada saya, saa mmg setuju sangat dengan apa yg Tun M kata tu.mcm yg saya katakan, pengaliran masuk cerita- cerita yg tahyul dan pelik-pelik dr luar negara sudah cukup memberi kesan negative kpd kita…tambah-tambah cerita hantu…fakir-fikirla…

seterusnya PFM jg tak mahu filem seram disekat atas alasan dapat sambutan
MENGGALAKKAN dari penonton… see? Kita boleh fikir sendiri lah..perlu ingatlah, rancangan tv yang berunsur islamik atau bicara agama pun pernah dapat sambutan hangat dari penonton macam tv 9.apa kata penerbitan TV lebih banyakkan rancangn tv yang menjurus kepada kebaikan selain dari lambakan rancangn hiburan dan cerita2 seram mcm tu..kan?mcm ‘tanyalah ustaz’tu..=) apa pun alasan yang diberi, soal akidah adalah sesuatu yang penting & merupakan pokok dalam agama.  Ideologi bercampur aduk dengan mistik, boleh menyebabkan seseorang terpengaruh lalu mempercayai ada kuasa selain Allah.

kat bawah ni ada link ke site yang menarik pasal isu yang aku bebelkan kat atas..jom....
mukmin.com.my

Thursday, October 13, 2011

♥ macam-macam hal lah….♥

gambar masa thn 2008- kenangn raya.(adikku yg bertudung hijau)

Tiba pula zulkaedah dan zulhijjah..bulan masyarakat islam mengerjakan haji..salah seorg 
pak cikku telah berangkat menyahut panggilan haji pada  bln 9.sepnjg ramadhan dan syawal yg lalu, memang ada terfikir mahu menulis entry terbaru tapi malas lah punca yang menyebabkan tiada apa2 pun perkara yg dicoret selama 2 bulan itu.hmm…takpelah…. hampir sebulan berada di kampung Kota Bharu Kelantan.orang lain 3 hari aje balik beraya memandangkan cuti tak panjang. Lamanya aku beraya..hi,hi.hmm.sebenarnya bukan beraya sangat pun.duduk je..raya tahun ni aku rasakan tak seperti sebelum-sebelum ni.rasa tak meriah mana.mungkin pada orang lain meriah,tapi pada aku,biasa sangat.raya ke,tak raya ke, sama je..adalah beberapa sebab yang tak perlu aku cerita kat sini.its private..mungkin juga kerana suasana dah tak sama dengan raya tahun-tahun lepas.Cuma, yang boleh aku cakap, keluarga ku diuji Allah.salah seorang ahli keluarga ku dah 4 bulan sakit disebabkan ‘gangguan’ yang bermula di tempat kerjanya.selama tu lah dia tak pergi kerja..mungkinlah ini ujian dari Dia untuk melihat sejauh mana iman hambaNya. 2 orang adik-adikku akan melalui peperiksaan stam dan spm pada tahun ni. Peperiksaan Stam dah pun bermula.sebelum tiba hari tu,berjela-jela panjangnya mesej daripada adik perempuan kesayanganku tu.minta maaf dan doa. aku sentiasa mendoakan kejayaan adik-adikku. 2 orang adik aku tu sekolah di Kelantan juga jadi masa aku berada di sana, diaorang berulang dari rumah atok ke sekolah. Kalau takde adik perempuan aku tu,mesti aku boring sebab dia je la kawan aku kat sana walaupun dia muda 3 tahun dari aku, tapi kitaorang rapat.ada masanya kitorang selalu kongsi cerita.pernah kitorang bercerita pasal pasangan. Khusyuk aku dengar dia bercerita. Adalah seorang budak lelaki ni (yang aku namakan A) kawan dia masa sekolah rendah dan satu kelas lagi.mendengar dia cerita kisah dia kat sekolah, kelakar pun ada.tak sangka adik aku yang seorang ni ramai peminat.(ha,ha,memang kelakar).rasa terharu pun ada.budak lelaki yang dia selalu cerita tu sekarang dah sambung belajar kat Jordan dalam bidang engineering.dia pernah satu sekolah dengan aku masa sekolah menengah.tapi sampai form 2 je lepas tu budak tu masuk Kisas.lepas spm,dia dapat further ke Jordan.adik aku jumpa dia semula masa reunion kat sekolah rendah.adalah beberapa kawan dia mengusik adik aku tu dengan budak laki A ni.sampaikan cikgu dia pun mengusik sekali.bukanlah menyakat apa pun.cikgu dia kata adik aku dengan budak A tu nampak serasi.sebab,masa sekolah rendah dulu, adik aku cerita, dia dengan budak tu je yang nampak macam ‘warak’ skit dari segi cara dan penampilan. Sebab tulah diorang dikatakan serasi.adik aku pernah juga bermesej dengan dia tapi last mesej dia dapat dari budak A tu masa sebelum budak A tu gi Jordan. Kalau dia cakap dengan adik aku, jauh jaraknya seakan ada hijab.adik aku kata,mata dia langsung tak pandang adik ku sebaliknya pandang keliling dan lantai.adik aku kata, seakan ada hijab antara dia dgn budak A tu.mungkin Allah nak jaga,katanya…maklumlah,dua-duanya sekolah agama.adik aku sekolah Maahad,budak tu pulak Kisas. Adik aku kata, budak A tu sangat menjaga dirinya.kira thiqah lah jugak.sebab bila adik aku mesej, si A tu  akn balas kalau mesej tu penting je.kalau call, lagi lah dia tak nak angkat.. ish,bagus budak ni.. last mesej dari budak A tu, ayat terakhirnya ,.."kalau ada jodoh, kita akan bertamu lagi di pertemuan yang lebih agung”..terharu plak aku baca msg  yang adik aku tunjuk tu..syahdunya… aku takde pulak kisah macam adik aku ni..memang seronok dengar kisah dia..macam-macam kan? Tersulamnya cinta sejak dari sekolah….aku pun suka kalau budak A tu dengan adik aku.bukan senang nak dapat adik ipar yang baik.he,he..issh!..jauhnya berfikir. ‘Afah,biarlah kau dah capai cita-cita kau tu baru fakir pasal hal macam ni’..kata aku kat adik aku..ye la, dia tu masih belajar lagi. kalau nak cerita pasal pasangan hidup ni,bagi aku its too complicated.kenapa? ye lah, banyak ‘persediaan’ yang perlu dibuat sebelum belayar dalam bahtera alam rumah tangga tu.huh,ingat senang ke? Walaupun aku dah berumur 21 tahun, aku rasa masih banyk lagi yang perlu dilengkapkan dan terasa jauh lagi perjalanan ni.. sebelum ni, aku memang dengar cerita kawan-kawan je pasal calon-calon zaujan atau husband..setakat ni,aku jadi pendengar dulu sebab aku tau,diri ni belum bersedia untuk berkata soal pasangan hidup.lainlah, kalau sekarang, degree dah ada dalam tangan, kerja tetap dan ekonomi dah kukuh,baruuu lah boleh citer pasal hal tu….aku perlu merangka masa depan aku dengan baik supaya tak susah di kemudian hari.aku belum bersedia…belum masanya lagi, belum masanya lagi…….biar cita-cita aku terlaksana dulu….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

XPDC menuju redha-Nya

indahnya islam ^_^

~.: cinta tu apa sih ?:.~

realiti yg anda perlu tahu

tiada Tuhan selain Allah