Friday, January 7, 2011


Memilih ‘Khilafah’ dan bukannya ‘Demokrasi’..
Al-mukaddimah…,
Untuk apa manusia dilahirkan?
Manusia dilahirkan bkn utk manikmati kenikmatan atau kesenangn dan menurut tuntutan nafsu semata-mata,tapi kelahiran manusia adalah lantaran dua sebab:-
> utk menjadi khalifah bg mentadbir alam ni dgn peraturan llahi n utk beribadah kpd Allah.ini telah dinyatakan dalam firman Allah dlm surah Al-An’am ayat 165 mksudnya: “dan Dialah yg menjadikan kamu khalifah di bumi & meninggikan setengah kamu ke atas setengah yg lain beberapa darjah,krn Ia hendak menguji kamu pada apa yg telah dikurniakannya kepada kamu”
“ Dan tidak Aku jadikan jin & manusia melainkan utk mereka menyembah dan beribadah kpdKu”- (Adz Dzariat : 56)
“Maka adakah patut kamu menyangka bhw Kami hanya menciptakan kamu dgn sia-sia (tanpa sebrng tanggungjwb)?dan Kamu menyangka bhw kamu tidak akn dikembalikan kpd Kami?”(Al-Mu’minun:115)
> melalui ayat2 Al-Quran di atas, jelas kpd kita bhw penciptaan dan kelahiran manusia di dunia ini adalah kerana tujuan tersebut dan melalui firman-Nya serta ajaran Baginda Rasulullah SAW menceritakan kpd manusia tujuan mereka dilahirkan, dari mana mereka datang, utk apa mereka dicipta, dan ke mana pula mereka  akan tuju setelah mereka mati.
> penjelasan ringkas di atas khusus buat renungan kita sebagai muslim yg wajib mengimani iaitu mematuhi ‘peraturan-peraturan dan hukum2 yg ditetapkan oleh Allah’ dan mengingkarinya adalah kafir kecuali jahil.
Kewujudan berbagai ideology dan system-sistem selain islam kini banyak diterima oleh pemimpin dan rakyat dari Negara Islam dan rata2nya beragama Islam.Apa yg lebih membimbangkan adalah doktrin pengasingan agama dari urusan pentadbiran, politik, perekonomian,perundangan dan lain2 bidang dlm kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Dan juga reality skrng yg terjadi ialah budaya dari barat yg kian meresap kehidupan warga timur yg jg beragama islam sehingga membuat ciri-ciri budaya timur di ambang kepupusan.dan lebih parah apabila org muslim mengambil cara hidup lain dari Islam.Banyak sebenarnya jika mahu diceritakan di sini hal-hal sebegini yg memang berlaku di luar sana apalagi yg benar2 terjadi di Negara Islam, Malaysia ni.tapi, focus penulis kali ni adalah berkisar tntang kewujudan DEMOKRASI dan percanggahannya dgn system Khilafah. Menurut takrif dari perkataan demokrasi yg berasal dari Yunani ini adalah, DEMO yang bererti undang2 atau peraturan dan KRATOS yakni rakyat atau orang. Jika digabungkan keduanya bermakna??? ..“undang2 rakyat”.demokrasi adalah undang2 dari rakyat kepada rakyat dan untuk rakyat.kalau dilihat pun takrif demokrasi ni juga turut dipelajari dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah2 menengah.
Penulis ada mendengar pendapat yg mengatakan demokrasi bnyk persamaan dgn Islam,demokrasi dari Islam, demokrasi takde bezanya dgn islam, demokrasi halal digunakan, dan macam2 lg suara2 seumpama ini yg sampai ke telinga penulis sendiri termasuklah yg keluar dari bibir sahabiah2 penulis sewaktu kami berdiskusi mengenai demokrasi dan yg berkaitan dgnnya ‘ala tak formal’.lepas membaca apa yg penulis jelaskan ni, barulah antum membuat perbandingan di antara islam dan demokrasi dan kita tentukan mana yg lebih baik dan selamat samaada ‘jalan Khilafah’ atau ‘demokrasi’...=)
Adakah demokrasi sama dgn Islam?
Menurut ulamak, islam adalah ketetapan dan peraturan drpd Allah dan rasul-Nya melalui kitab dan hadith dan ketetapan melalui ijma’ ulamak islam utk mengatur kehidupan manusia bermasyarakat dan beragama .agama jg ialah peraturan hubungn manusia dgn Allah melalui hubungn ibadat.Ulama’ Usul Fiqh mentakrifkan agama sbgi apa-apa hukum yg ditetapkan oleh Allah.mereka yg beragama akn menerima semua ketetapan drpd Allah dan Rasul-Nya atau ketetapan melalui kiasan drpd quran dan hadith atau ijma’ ulamak.mereka yg beragama jg adalah mereka yg menerima kesemua peraturan agama yg mencakupi semua urusan kehidupan seperti politik,perundangan,ekonomi,jenayah,kemasyarakatan, pergaulan dan lain2 lg.
Ahli Tafsir menyatakan bahawa mana-mana org Islam yg meninggalkan hukum Islam dan mengambil hukum selain dari hukum Allah atau mencampuradukkan  hukum2 Allah dgn hukum ciptaan manusia maka tindakan itu boleh menyebabkan mereka terkeluar dari Islam.Nilailah sendiri apakah sama demokrasi itu dgn Islam?Islam dan segala peraturannya adalah datang dari Allah utk diamalkan oleh manusia manakala demokrasi adalah dari ciptaan manusia sendiri dan utk manusia.Jadi, bagaimana mungkin Islam yg diakui kesyumulannya dan diimani dtg drpd Allah disamakan dgn demokrasi hasil ciptaan manusia yg lemah dan terbatas ilmu serta kefahamannya????...persoalan yg harus mendapat perhatian paling SERIUSSS…cuba antum fikirkan..
>  Di antara aktivis mahupun ahli2 gerakan Islam pernah membincangkan dan bercanggah pendapat mengenai demokrasi ini.Ulama2 dari plbgi Gerakan Islam yg ada juga berbeza pandangan namun itu tidak menimbulkan jurang atau menyebabkan perpecahan ukhuwah sesama muslim dan juga sebagai ahli gerakan Islam yg berakhlak dgn akhlak Islamiyyah. Umat Islam harus berhati-hati dalam perkara yg membabitkan persoalan Akidah seperti ini iaitu demokrasi.mmg benar, dalam Al-Quran mahupn Hadith tidak disebutkan secara jelas dan tiada Nas yg Qatie’mengenai hukum demokrasi.Namun, hakikat yg perlu disedari bhw demokasi adalah hasil ciptaan manusia yg serba kekurangan dan juga perlu diingat, terdapat majoriti Ulama’ yang menolak serta tidak menghalalkan penggunaan demokrasi meskipun niat, tujuan atau matlamat penggunaannya adalah utk menegakkan hukum Islam.Meski pun Demokrasi itu dijadikan wasilah atau Hanya sebagai ‘alat’ utk mendirikan hukum2 Islam.samalah halnya dgn seekor khinzir yg haram menyentuh dan memakannya.walaupun dibersih dan dihias cantik manapun, iainya sudah jelas diharamkan oleh Allah memakai atau makannya melainkan keadaan dharurat yg dibenarkan syarak yakni krn tiada makanan lain lagi dan terpaksa memakannya demi menyelamatkan nyawa.satu lagi persoalan yg diminta kpd kita utk difikirkan,adakah keadaan di Negara kita yg makmur ini termasuk dlm kategori dharurat seperti  mana terpaksa memakan khinzir?hingga menyebabkan gerakan islam dalam sesebuah Negara Islam memilih demokrasi sebagai wasilah bagi menegakkan hukum Islam. Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Seorang penulis dalam bukunya “Beberapa persoalan mengenai Iman dan Islam”, mengatakan sekiranya sesuatu perbuatan itu boleh melanggar peraturan,perundangan,dan melibatkan soal2 akidah maka umat islam tidak boleh bertoleransi lagi.konsep toleransi dlm Islam adalah yg dikehendaki Islam dan tidak sampai kpd bercanggah dgn Islam. Sistem demokrasi bukan sama dengan sistem yg dibawa oleh nabi SAW pada konsep keseluruhan.rujuk : http://saifulislam.com/?p=1502
Kita termasuk saya sendiri perlu jelas dgn mudhorat dan maslahah dlm Islam dan kaedah hukum2nya.
mungkin setakat ni saya terpaksa akhiri tulisan ini,insyaallah di lain waktu akn saya smbung lagi
> hasil tulisan penulis adalah berdasarkan rujukan dari buku dan laman web



Monday, January 3, 2011

bahana ketaksuban

akhir2 ini, di dada akhbar dan dalam media massa yg lain telah 'menceritakan' perjalanan ideologi politik di negara ini.dapat dilihat,semakin hangat tohmahan atau suara2 liar berlegar yg menggegarkan arena politik negara.parti2 politik yg ada masing2 tidak mahu 'kalah' dalam memenangkan pendirian atau status parti dalam urusan hak dan kebajikan rakyat.lihat sahaja senario di Selangor sekarang, kerajaan Negeri mempersoalkan tntng program tabung Budi yg dilancarkan syarikat konsensi bekalan air Selangor,SYABAS.menurut pihak Syabas sendiri, program itu adalah semata utk membntu segelintir rkyat yg berpendapatan rendah, yang susah dan tidak mampu melunaskan bil2 air setiap bulan.kerajaan negeri merasakan Syabas tidak perlu mengenakan subsidi lagi kpd rakyat dgn menaikkan tarif air melalui program tersebut krn kerajaan sendiri sudah menyediakan subsidi kpd syarikat swasta itu dan kalaupn rkyat ingin memberi subsidi, perlu terus salur pada kerajaan negeri.soalnya,benar ke Syarikat bekalan air syabas dah langgar akta perjanjian konsesi air?senario yg berlaku di Selngor mendpt perhatian 'luar' khususnya pihak yg berbeza faham ideologi politik dgn kerajaan negeri selangor.hal sebegini tidak patut dijadikan sebagai 'bahan' bagi kepuasan politik atau kepentingannya.ini soal keperluan asasi rakyat.jadi perlu dibincangkan secara profesional tanpa fahaman bersifat atau berbau politik.apa yang dapat dilihat dalam dewan Parlimen sendiri pun mendatangkan ketidakpuasan hati pada penulis.tidak kisahlah penulis dari sebelah pihak mana sekalipun,Pakatan rakyat ke, parti BN/Umno ke, bebas ke.tp dalam menjadi seorang yang mengendali dewan parlimen, prlulah bersikap adil dan tegas.cuba mendengar setiap ucapan yg keluar dari bibir ahli parlimen yg mewakili rakyat di bawah jagaannya.nasib mungkin tidak menyebelahi ahli Parlimen permatang Pauh, Dato' sri anuar yg membangkitkan isu 1Malaysia yg menurutnya sama dgn konsep one israel.betul ke tindakan yg diambil terhadap dato seri Anuar yg digntung dr jawatan ahli parlimen selama 6 bln adalah nasihat dari agensi perkhidmatan awam Apco World Wide milik Israel yg dikatakan pernah berada di pejabat kerajaan kerana Perdana menteri, Dato' Najib meminta khidmat nasihat dari agensi berkenaan bagi menyelesaikan isu perpaduan antara kaum di Malaysia?begitukah?fikir2kan. tak kanlah Dato' seri anuar Ibrahim sewenang-wenangnya mahu mengeluarkan isu itu semata-mata utk kepentingan peribadi atau kerajaan pakatan.bukan bermaksud mnyebelahi, tapi dato' seri anuar seakan punya bukti terhadap kenyataannya itu.kalau tak, kenapa kerajaan BN/UMNO beriya-iya mengatakan 1malaysia tidak sama dgn one israel dan turut menafikan adanya atau pernah ada agensi dari Israel tersebut di pejabat kerajaan.bahana dari sikap taksub terhadap parti sendiri boleh mengundang lebih banyak keburukan dari kebaikan.jangan disebabkan sanggup melakukan apa sahaja demi kemenangan parti dalam pilihanraya,hak rakyat yang sepatutnya dipenuhi gagal ditunaikan.kewajipan sebagai pemimpin perlu disedari setiap jiwa pemimpin di malaysia terutama yg mewakili rakyat.jaganlah sewenangnya menghabiskan duit rakyat demi apa2 kepentingn pun selain daripada rakyat.jawatan,nama,pangkat dan kuasa tak memberi apa2 keuntungan langsung di Hari akhirat.tapi soal tanggungjawab dan amanah yg akan ditanya.biarlah berbeza dari segi agama dan faham politik, tapi jangan sampai taksub dgn parti yang diikuti dan sanggup melihat perbalahan serta perpecahan yg berlaku di antara parti yang berbeza faham ideologi.sudah tiba saat membuka mata.takkanlah dah hmpir 53 thn merdeka tapi minda tak merdeka2 lagi.asyik nk bertekak sana bertekak sini.smpai rkyat yg tengok pun dh jemu dan bosan dgn perbalahan yg timbul akibat perbezaan faham ideologi politik apalagi yg melibatkan isu2 sensitif.penulis kira,mungkin cukup sekadar ini komentar dan tinta dr penulis ini.SLMT THN BARU dan semoga berjumpa lg di lain entri....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

XPDC menuju redha-Nya

indahnya islam ^_^

~.: cinta tu apa sih ?:.~

realiti yg anda perlu tahu

tiada Tuhan selain Allah