Saturday, January 30, 2010

MahaSiswa Pro-M (mpm)


Alhamdulillah wa syukru Lillah..
Para pimpinan baru mpm Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 2009/2010 baru shj membuka tirai tampuk kepimpinan mereka. MPM KUIS kali ni memperkenalkan biah solehah, kesatuan, intelektual, dan kebajikan sbgi hala tuju perjuangn sepnjang pemerintahan. Moga doa semua mahasiswa mengiringi sepanjang gerak kerja mereka.amiin..Go,go MPM pro-M!. Islam memimpin KUIS..takbiir!..
meskipun baru ‘menapak’ dlm port kepimpinan, mrk telah pn bermula dgn 2 program khusus utk memberi ruang buat mahaiswa KUIS bernafas pd saduran baru & bg memperkenalkan ‘wajah2 baru’ pimpinan mpm kali ni.bermula dgn Forum anak muda,‘antara popularity & perjuangn ‘(28/1) dan himpunan mahasiswa kuis(himsis)iaitu semlm(29/1).program seumpama ini tidak lain utk mendekatkan hubungn antara mahasiswa dan MPM sendiri dgn memberi peluang mahasiswa bersuara menyatakan plbgi bentuk persoalan atau mengusulkan pndgn.mmg ruang diberi sebaik-baiknya,100% buat mrk bersuara yg semmgnya merupakan hak mrk sbgi ‘rkyt’ yg dipimpin.menurut si penulis,apa yg dilihatnya pd mpm wktu HIMSIS,jelas mrk patut dipuji dgn sikap keterbukaan yg ditunjukkan.

sudah tiba masanya mahasiswa Kuis melalui proses perubahan selaras dengan hala tuju yg diperkenalkan mpm 09/10.mereka perlu bangkit, sedar, & celik dgn meningkatkan keintelektualan diri.mereka perlu peka & cakna dgn isu2 di kampus khususnya & isu2 semasa amnya terutamanya yg melibatkan kesulitan atau musibah yg melanda ummah seakidah serta minda perlu celik dgn sebarang isu-isu dunia hari ini.kita harus ‘menyekolahkan’ diri kita sepnjg waktu agar kita terdidik dgn nilai & sifat2 kePRIHATINan terhadap isu atau permasalahan yg melanda manusia sejagat & seantero.kita perlu berdiri atas sikap kemanusiaan & mematuhi tuntutan hak2 asasi manusia yg layak dibantu,dibela,dilindungi,dijaga & sbginya tanpa mengungkit perbezaan warna kulit & bangsa krn islm sentiasa mengajar kita berada atas paksi yg benar.

Bangun,bangun!ini bkn masa lg utk kita tidur.celik.celik!jgn sempitkan pemikiran .jgn biarkn kepasifan menguasai pemikiran kita sbgi insan yg berstatus Mahasiswa.buktikan ke’garangan’ Mahasiswa supaya penyadur ideology sebarang ‘isme’ gerun dgn ketegasan kita menolak apa jua bentuk kebatilan & kesesatan .Buktikan!jgn biarkan diri kita berpenyakit 3k(kelas,katil,kafe) tanpa suntikan anti-‘angguk geleng tidak bertempat’.
>>selaras dgn itu, pimpinan mpm kali ni memerlukan kerjasama samaada secara lngsung/tidak lnsung dr mahasiswa bg membntu mrk memikul amanah yg digalaskan di bahu mrk.bagai sudah tertulis,menang tanpa bertnding bg setiap dari mrk yg bertnding dlm PRK sesi 09/10 ni tidak mrk sangka2.nah,inilah dia wajah2 yg telah ditakdirkan Allah berada di kerusi majlis perwakilan mahasiswa KUIS kali ni.mereka perlu redha dgn amanah dr Allah ini & bersiap menghadapi sebarang kemungkinan atau permasalahan berkaitan mahasiswa yg dipimpin mrk.mrk jg perlu focus,teliti & berhati-hati dlm membawa haluan kepimpinan supaya tidak dipersoalkan pelajar2 akn tindakan mereka selaku wakil mahasiswa yg turut disaksikan sendiri Maha Pencipta.mereka perlu sentiasa beringat & bekerja.mrk mesti manfaatkan ‘pentas’ ini utk menggerakkan misi dakwah mungkin disebabkan itu, mrk ‘dipilih’ oleh-Nya utk menerajui kepimpinan kali ni

Sudah lumrah sbgi pemimpin atau yg memimpin, persiapan diri yg mencakupi aspek mental & fizikal perlu ada.apa yg dpt dilihat (mungkin ini sbgi komen) melalui program mpm09/10 baru-baru ini, wakil dari mpm yg cuba menjwb persoalan yg diajukan oleh pelajar kpd mrk dijwb dgn seumpama satu bentuk pendpt.mungkin mrk lebih patut men’detail’kan sesuatu pernyataanyg dilihat kabur oleh sesetgh dr mahasiswa.misalnya, dari segi manifesto yg ditulis sblmnya, mahasiswa inginkan penjelasan dari bibir mpm sendiri mengenai apa yg dimksudkan dgn bagaimana yg dikatakan dgn merakyatkan tugas pembentukan biah solehah dlm masyarakt kmpus dan dasar yg lainnya.mahasiswa inginkan pemahaman dr manifesto tersebut.

Sbnrnya dr sudut apa jua persoalan yg dimainkan oleh sesetgh mahasiswa yg bertanya, pimpinan harus bijak menjwb berdasarkan penilaian mendlm.sbb tu persediaan amat dititikberatkan.mereka perlu jelas dgn hala tuju yg dibawa agar mrk dpt membuatkan mahasiswa fhm apa yg sbnrnya mrk bawa.apa yg penting perlu praktik sikap terbuka,menerima dan komitmen dgn tugas.buat yg lain kita tidak boleh menghentam atau terus menghukum pimpinan sebaliknya cuba beri kritikan membina dan teguran berhikmah utk menimbulkan kesefhman antara mahasiswa di kerusi mpm & di bwh kepimpinan mrk. Sifat saling memahami sgt penting antara kita.
Ayuh,berfikir sblm bertindak..buat ahli mpm 09/10,moga Allah memberkati pemerintahanmu.doaku sentiasa mengiringimu.. takbiir!
Asalkan amanah kau pikul sebaiknya ya…
“(itu) sgtlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan
apa2 yg tidak kamu kerjakan” |As-Saff ayt 3|

Monday, January 25, 2010

cuba koMen puisi ni..

" Bumi HuffaZ "

Langkah terhenti, mengundang hati bertamu
Pada tempat lahirnya para huffaz anak watan
Damainya hati tatkala kaki menapak
Di sini, bumi penuntut Al-Quran
Ketenangan yg mengalir di hati selembut aliran tasik
dan sedamai bayu yang berhembusan di bumi Darul Quran ini
seumpama keharmonian bi’ahnya seselari syariat
di sini anak muda Huffaz mematri janji
ingin melamar kejayaan hakiki,  mengumpul ilmu sebgi bekalan
buat mengharungi perjalanan panjang
memastikan bekalan mencukupi
supaya tidak sia-sia di hari muka pengadilan-Nya
tidak mahu mengabaikan janji kpd Allah
takut mengingkari-Nya apatah lagi ni’mat-Nya
mengakui syurga janji Yg Esa buat para pejuang agama
Al-quran di dada
Dimanfaat agar tidak dipersoal Kelak, yg bisa menjadi penyesalan tidak berguna
Lantaran menggilap cita-cita, demi menggapai redha Illahi, takdir ke bumi anbiya’ disahut dengan penuh syukur,Alhamdulillah……
Itulah dia, Si hafiz yg menyebut-nyebut kalimah-kalimah suci
Itulah jua Si hafizah yg mengamal kalamullah di saat2 hidupnya
Itulah mereka,
Bakal generasi Al-Quran berintegriti
Ingin berjaya sebagai pengamal Al-Quran, & merasai keberkatan, kemanisan kalamullah
Dan melahirkan generasi Huffaz seterusnya

Monday, January 18, 2010

'jadikan membaca satu budaya'


Melalui membaca, seseorang dapat memperoleh berbagai macam pengetahuan secara jangka panjang. Penulis berpendapat, membaca dapat memberi pelbagai maklumat atau informasi yang diingini atau tidak bahkan mengasah pemikiran dan melalui budaya membaca yang dipupuk, ini akan dapat melahirkan generasi yang berintelektual dan berfikiran dinamis. Namun, untuk sampai kepada kemurnian cita-cita itu, kaedah membaca dengan tepat harus diketahui supaya dapat memahami dengan jelas tujuan dan apa yang diperoleh melalui pembacaan.



Antara faedah membaca ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang kita perolehi pula meliputi pelbagai bidang seperti bidang bahasa, sejarah, agama, dan sains. Membaca juga boleh menambahkan tahap berbahasa kerana adakalanya melalui membaca kita akan menemui kosa kata baru. Menurut penulis, pembacaan yang berkesan oleh seseorang mampu meningkatkan tahap kefahaman dalam dirinya. Dengan itu, mampu menghasilkan penulisan yang baik sekiranya amalan ini dipupuk. Seseorang yang gemar membaca lebih cenderung menghasilkan buah penulisan yang kreatif.


Ini kerana apa yang diperolehinya melalui kekerapan membaca, ialah dapat membuahkan idea-idea di dalam pemikiran menjadi lebih kreatif dan memuntahkannya dalam bentuk penulisan. Ini terbukti jika kita memerhati hasil kreativiti tokoh-tokoh terkenal dalam dunia penulisan. Kebanyakannya mempunyai minda yang cergas dan ligat sudah tentu hasil daripada pembacaan yang bermutu. Lantaran karya yang dihasilkan juga mengagumkan. Perhatikan sahaja karya-karya yang dihasilkan oleh karyawan terkenal negara Dato’ A.Samad Said. Hampir semua karyanya mempunyai kosa kata yang berlainan dan penulisannya penuh kreatif.


Perbandingan antara individu yang membaca dengan individu yang kurang membaca jelas dapat kita lihat. Bukanlah bermaksud seseorang yang kurang pembacaan disebabkan beberapa faktor tidak boleh menulis dengan baik, tetapi seseorang yang sering membaca dapat menghasilkan tulisan yang lebih baik dan bermutu hasil daripada pengetahuan yang tinggi yang berasal dari minat membaca yang dipupuk. Terbukti dan tidak mustahil sekiranya semua individu gemar membaca dan minat ini boleh dipupuk. Ini turut memerlukan kesedaran maksimum daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dalam mencorak masa depan anak-anak mereka bahawa manfaat atau faedah yang diperoleh melalui membaca amat besar.


Anak-anak seharusnya dididik dan dipupuk dengan amalan membaca seawal usia tiga tahun. Baharulah dapat mewujudkan tokoh atau individu yang mempunyai keupayaan berbahasa yang tinggi dan berilmu seperti A.Samad Said dan Faisal Tehrani ataupun seperti tokoh-tokoh ilmuan islam, Sheikh Abdul Majeed Subhi dan lain-lain. Seterusnya mampu melahirkan masyarakat dan juga generasi yang cerdik serta celik ilmu.


Penulis adalah pembaca yang teliti. Dia meneliti unsur dan gaya bahasa menarik dan menjadi pencatat yang tekun pada ungkapan yang menarik yang ditemui semasa membaca sesuatu bahan. Melalui itu, dia berupaya menghasilkan sesuatu penulisan yang bermutu. Jelaslah bahawa kepentingan membaca tidak harus dipandang remeh kerana berkait rapat dengan masa depan umat manusia sejagat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

XPDC menuju redha-Nya

indahnya islam ^_^

~.: cinta tu apa sih ?:.~

realiti yg anda perlu tahu

tiada Tuhan selain Allah