Saturday, May 30, 2009



sLm sayang,sLm ingatan tulus & ikhlas dariKu...


..............kita semua adalah hamba yg dikasihi-Nya,,kita adalah 'MUJAHIDAH' yg sama-sama memikul tanggungjawab besar sebagai seorang Daie yg mempertahankan agama Allah...jihad kita adalah Fisabilillah,kerana Allah.kata Rasulullah(SAW) jihad yg paling utama adalah memerangi nafsu jahat yg tersembunyi dlm diri kita sendiri..Semoga pengorbanan kita yg walaupun kecil sebesar zarah sekalipun,ikhlas kerana-Nya,insyaAllah akan diperlihatkan Allah.


"barangsiapa yg mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun,nescaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yg mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun,nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula".-firman ALLAh dlm surah Az-Zalzalah; 7-8


perlulah kita memurnikan niat kerana Allah dalam ibadah & jihad agar amal diterima-Nya..InsyaAllah..nahnu ansorullah,takbiirrr!..Allahu akbar!!!




"ketika mula bertemu terasa bagai telah lama bersua,kau sambut ku hulur tangan ku bertegur sapa penuh mesra,masa terus berlalu & kita tetap seiringan berjalan menempuh onak liku lalui semua suka & duka bersama,biarlah apa pun rahsia & kelemahanmu,tetap kau

temanku...........



riangnya saat kita ketawa,asyik senda & bercerita,walau sesekali pandangn kita berbeza,andainya tetap serupa,adakalanya kita juga saling terluka namun di akhirnya kita tetap bersama"




Sunday, May 17, 2009

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya
Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.

Riwayat Hadith al-Bukhari


Huraian1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

Pakaian remaja: Dimana silapnya?

  • "Pakaian Remaja?" jika kita dengar atau baca perkataan tersebut, secara automatik kita akan terbayang cara berpakaian remaja kita sekarang terutama pakaian remaja perempuan. Jenis pakaian yang paling awal tergambar di minda kita adalah pakaian mereka yang seksi, ketat, terlondeh sana sini dan dedah sana sini. Tidak dinafikan pakaian demikian juga dikenakan oleh belia dan orang dewasa, namun tumpuan kita kini adalah kepada golongan remaja yang bakal menerajui negara. Cara berpakaian juga mencerminkan akhlak, jadi ia amat penting untuk dibincangkan bagi menjaga akhlak remaja kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 tafsirnya :

    "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."






Dari ayat di atas tadi, jelas pada kita bahawa pakaian sebilangan remaja kita kini bertentangan dengan suruhan dan perintah Allah. Namun, mereka tidak menghiraukan yang demikian asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini. Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H', HALAL TAPI HARAM. Ini amat ketara jika kita perhatikan sekeliling kita, ramai juga remaja kita yang bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat, namun jika diperhatikan ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek.


Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor di kalangan remaja yang bertudung.


Suatu ketika dulu, pakaian demikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah pakaian yang dialu-alukan.


Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak 'bersangkutan' dan 'berampaian' di gedung-gedung perniagaan di negara kita ini. Pelbagai fesyen baru tumbuh bagai cendawan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja. Jika kita kupas '2H' memang banyak pengertiannya. Namun satu sahaja lagi yang akan kita perkatakan di sini, pakaian tradisi kita yang telah dieksploitasikan. Baju kurang misalnya, pakaian rasmi negara kita yang begitu sopan dipandang mata, namun yang menyedihkan kainnya telah dibelah sehingga menampakkan betis ketika si pemakai melangkah. Trend 'punk', 'funky', 'rappers', 'gengster', 'skinhead', 'grunge' dan sebagainya juga mempunyai cara pemakaian mereka yang tersendiri. Trend demikian bukan hanya di kalangan kaum lelaki malah kaum perempuan. Walaupun pakaian remaja lelaki tidak begitu menimbulkan masalah dalam mendedahkan aurat, namun ia tidak sopan malah menjatuhkan maruah budaya negara kita. Ini kerana pakaian tersebut melambangkan kelemahan pegangan remaja kita terhadap agama dan budaya bangsa. Bangsa asing mentertawakan akan kebodohan dan kelemahan remaja kita kerana dengan mudah mereka membeli dan mempengaruhi minda remaja kita. Sebilangan dari remaja kita juga, 'lupa' atau 'tidak tahu' akan jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya, sungguh kasihan. Golongan seperti ini adalah dilaknat oleh Allah. Ini jelas dinyatakan dalam hadis Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki." Dengan sedikit contoh pakaian di atas, jelas pada kita bahawa cara berpakaian sebahagian remaja kita bertentangan dengan cara pakaian budaya Melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Para remaja begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno dan berfikiran sempit. Islam memang menggalakkan kita untuk terus memajukan diri dan bukanlah menjadi kesalahan jika kita mengikut negara-negara Barat tersebut selagi ia tidak bertentangan dengan tuntutan Islam yang suci. Namun dalam hal pakaian, tidak sesuai untuk kita mengikut mereka, ini kerana pakaian mereka yang jelas bertentangan dengan Islam dan tidak sesuai dengan cara hidup negara kita yang berfalsafahkan Melayu Islam Beraja (MIB). Sebagai remaja Melayu Muslim, kita tidak perlu mengikut budaya asing dalam cara berpakaian. Pakaian kita sudah cukup sempurna dan sopan dipandang. Berbaju kurung bagi kaum perempuan, manakala berbaju 'MIB' dan Cara Melayu bagi lelaki. Namun tidak semua pakaian tradisi tidak sesuai untuk agama Islam. Jika kita lihat pakaian tradisi Melayu, baju kebaya zaman dahulu contohnya, ketat dan antaranya dibuat dari kain kasa sehingga menampakkan kulit si pemakainya. Pun begitu, pakaian tersebut telah diperbaiki dengan rekaan pakaian kebaya labuh. Jadi kita bolehlah mengenakan pakaian tersebut. Di sini tidak bermaksud agar remaja kita sentiasa mengenakan pakaian demikian, remaja kita boleh juga memakai mana-mana pakaian yang bersesuaian dengan situasi dan tempat. Bersukan contohnya, lelaki hendaklah memakai pakaian sukan dan berseluar panjang, manakala perempuan bertudung, berseluar panjang dan berbaju lengan panjang. Begitu juga ketika berjalan bersiar-siar dan makan angin. Walaupun tanpa memakai baju kurung, MIB atau Cara Melayu, remaja kita boleh juga memakai kemeja dan 'blaus' berlengan panjang, labuh dan tidak menampakkan kulit serta bertudung bagi kaum hawa. Sebenarnya, tiada budaya yang tertentu yang mesti diikut dalam berpakaian. Kita boleh mengikut budaya kita sendiri atau budaya asing seperti budaya Arab dengan memakai jubah atau budaya Cina dan sebagainya selagi ia sopan dan memenuhi garis pandu yang ditetapkan Islam. Remaja itu sendiri yang tahu pakaian yang sesuai dengan selera mereka. Tepuk dadatanya selera! Paling penting hukum Islam jangan dipermainkan.

Saturday, May 16, 2009



"kebanyakan orang menganut agama islam kerana hobi atau kerana mereka dilahirkan oleh dua ibu bapa yang muslim.pada hakikatnya mereka ini tidak memahami erti penggabungan diri mereka ke dalam agama islam.mereka juga tidak mengetahui tuntutan dari penggabungan tersebut,oleh kerana itu anda lihat mereka berada di satu pihak sedang islam berada di pihak yang lain"



....................... بسم اﻠﻠﻪ الرحمان الرحيم


AQIDAH




  • kita mesti berpegang teguh dengan akidah islamiyyah yang berlandaskan Al-quran & sunnah nabi.aqidah adalah perjanjian keimanan yang kuat antara manusia dan tuhannya.hanya akidah islam sahaja yang betul dan benar kerana sejajar dengan apa yang telah termaktub dalam kitab suci Allah iaitu Al-QurannulKarim dan sunnah rasullullah (SAW).akidah islamlah yang menjadi penyelamat umat dan akidah ini bersifat baqa'.


sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-Ana'am ayat 162:



قل ان صلا تي ونﺴﮐﻲ ومحيا ي ومماتي لله رب العالمين




  1. kewujudan alam yang seindah dan sekemas ini tidak akan terjamin keselamatan dan kesejahteraannya tanpa tadbir dari Allah Yg Maha Berkuasa.Firman Allah; "sekiranya ada di langit & di bumi tuhan-tuhan selain Allah tentulah keduanya itu telah rosak binasa,maka maha suci Allah yg mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan"(Al-ANBIYAA':22)

  2. kita mesti mengimani dan meyakini bahawa Allah tak mencipta alam ini tanpa tujuan kerana perbuatan yg sia-sia itu tidak layak bagi Allah yg bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan.... "maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main(sahaja) & bahawa kamu tidak akn dikembalikan kepada Kami,maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia,Tuhan yang mempunyai arasy yang mulia(Al-mukminun:115-116)"
  3. kita mesti beriman bahawa nabi Muhammad adalah rasul terakhir dari para rasul yang diutuskan Allah.dlm hubungn ni Allah berfirman: "Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap umat(untuk menyerukan): sembahlah Allah(sahaja) dan jauhilah thoghut itu.Maka di antara umat itu ada orang-orang yg diberi petunjuk oleh Allah & ada pula di antaranya orang2 yg telah pasti kesesatan baginya(AN-NAHL:36)"
  4. kita mesti mengimani & meyakini bahawa matlamat hidup manusia dlm kehidupan ini ialah utk mengenal Allah sebagaiman sifat2-Nya.taat pd Allah & mengabadi diri pd-Nya.
  5. kita mesti mengimani bahawa syurga adalah balasan bagi mukmin dan neraka adalah balasan bagi orang-orang kafir.Allah berfirman:

فريق في الجنة وفريق في السعير

"segolongn masuk syurga & segolongn masuk neraka"(asy-syura:7)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

XPDC menuju redha-Nya

indahnya islam ^_^

~.: cinta tu apa sih ?:.~

realiti yg anda perlu tahu

tiada Tuhan selain Allah